SKIM PEMBIAYAAN

Skim Pembiayaan Mudah untuk Sektor Perkhidmatan (SFSSS)

Pembekal

Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF)

Objektif

1. Syarikat/perusahaan permulaan baharu – penciptaan usahawan perkhidmatan baharu.
2. Peluasan/naik taraf/pemodenan/pelbagaian bagi penyedia perkhidmatan sedia ada kepada aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dan meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan.

Jumlah Pembiayaan

Minimum: RM100,000
Maksimum: RM5,000,000

Kaedah Tuntutan

Tuntutan untuk diberikan kepada vendor/pembekal secara terus atau kepada pemohon sekiranya pembayaran dibuat terlebih dahulu.

Tujuan Pembiayaan

Kelayakan

1. Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Syarikat 2016 atau perusahaan yang didaftarkan di bawah pendaftaran Ordinan Perniagaan 1956 atau penyedia perkhidmatan yang didaftarkan di bawah Sijil Amalan oleh mana-mana Badan Kawal Selia Profesional.
2. Dengan sekurang-kurangnya 60% ekuiti yang dipegang oleh rakyat Malaysia;
3. Memiliki lesen premis yang sah;

Semua sektor perkhidmatan (tidak termasuk sektor kewangan, insurans, utiliti dan pembinaan)

Skop Pembiayaan

1. Aset Tetap:
i. Tanah & bangunan/premis siap bina (termasuk pengubahsuaian);
ii. Jentera / peralatan/kenderaan bermotor/perkakasan & perisian; dan
iii. Aset tetap lain.

2. Modal Kerja:
i. Kredit Pusingan Belian; dan
ii. Kredit Pusingan Jualan.

3. Modal Kerja Pembiayaan Berjangka:
i. Kos Pengiklanan dan Promosi seperti pengiklanan media, pembangunan laman web e-dagang dan percetakan bahan promosi

Prosedur Permohonan

Isi borang untuk mendapatkan pautan prosedur permohonan

Borang Kajian Pusat Pembiayaan

Terima kasih kerana melawat halaman Pusat Pembiayaan kami di Portal I-OGSE

Kami ingin mendapatkan maklum balas anda tentang cabaran mengenai akses kepada kewangan untuk meningkatkan pemahaman kami tentang keperluan syarikat dan bagaimana MPRC boleh membantu menangani cabaran tersebut.

Maklum balas anda amat dihargai.