Pengiktirafan OGSE diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui agensi kerajaan yang berkaitan seperti MPRC, MIDA, MATRADE, SME Corp dan DOSM, persatuan perdagangan industri seperti MOGSC, MOSVA dan MOGEC, dan PETRONAS untuk syarikat perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) di Malaysia.
Ia dianugerahkan kepada syarikat OGSE yang aktif dalam aktiviti huluan atau hiliran dan tidak perlu dilesenkan atau berdaftar dengan PETRONAS. Syarikat bagaimanapun masih memerlukan lesen PETRONAS untuk beroperasi di Malaysia.
Pengiktirafan OGSE diberikan kepada syarikat yang layak yang memenuhi kriteria.
Kriteria-kriteria berikut perlu dipenuhi bagi melayakkan sesebuah syarikat untuk memohon pengiktirafan syarikat OGSE dan faedahnya.
Syarikat OGSE akan menikmati faedah:
Diiktiraf oleh agensi kerajaan seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), SME Corporation dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)
Disenaraikan dalam Katalog OGSE di mana keupayaan mereka akan dipromosikan di pasaran atau acara antarabangsa
Menjadi faktor pilihan untuk syarikat minyak antarabangsa dan nasional, agensi kerajaan, penyedia kewangan dan kontraktor
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilalui untuk mendaftar sebagai Syarikat OGSE.
Kami telah menghantar kod pengesahan 6 digit ke e-mel anda. Sila masukkannya di bawah untuk meneruskan.